Wednesday 18 June 2014

Pusat Khidmat Dun Permatang


Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan pusat khidmat di setiap DUN dalam negeri Selangor bagi menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah dilaksanakan semenjak mengambil tampuk pemerintahan pada tahun 2008. 

Sebanyak 17 agenda MES telah dilancarkan demi memastikan agenda membela nasib rakyat terlaksana dengan jayanya. Untuk keterangan lanjut lanjut mengenai MES, sila klik ke pautan laman seperti berikut :
http://mes.selangor.gov.my/

Sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan dan kemusykilan yang ingin diajukan, sila hadir ke Pusat Khidmat Dun Permatang di alamat seperti yang tertera dibawah :

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN PERMATANG
No.25, Jalan Nilam 1, 
Taman Nilam Batu 3, 
Sungai Terap,
45500 Tanjung Karang,
Selangor Darul Ehsan 

Tel/Fax : 03-3289 7572

Email : pusatkhidmatn09@gmail.com


Sunday 9 June 2013

Beli Padi Pada Harga Murah

Download Versi Penuh  Selagorkini Jun-1 : 

Petani Sekinchan protes Bernas

TANJONG KARANG - Petani di kawasan Sungai Burong dan Sekinchan tidak puas hati dan kecewa terhadap Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) kerana 
membeli padi di kawasan mereka dengan harga yang murah.

Petani terbabit mendakwa Bernas kini membeli padi daripada mereka dengan harga RM1,150 bagi satu tan metrik. Iaitu kurang RM130 daripada harga 1,280 satu tan yang ditawarkan kepada petani di Tanjong Karang. 

Pengurangan RM130 satu tan ini menyebabkan petani mengalami kerugian yang besar kerana mereka yang hanya bercucuk tanam dan menjual padi sebanyak dua kali setahun.
Penurunan RM130 itu kecil, tapi kalau 10 tan metrik? Mereka (petani) sudah hilang RM1,300, dan RM1,300 ini terlalu banyak yang boleh digunakan kepada petani - Sallehen Mukhyi, exco hal ehwal islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa
Seorang petani, Samsuddin Hussain, 62, mendakwa golongan petani dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana menurunkan harga sewenang-wenangnya setelah petani bekerja keras menanam padi.
“Petani ini macam tidak diambil berat, macam dipermainkan, seolah-olah petani tak ada nilai diri sedangkan mereka adalah pengeluar makanan negara.

“Ini yang kami tak puas hati, dengan masalah harga padi yang diturunkan ini, kalau turunkan sama saja di semua kawasan, kita tak terasa sangat,” katanya.
Samsuddin ditemui bersama hampir 200 orang petani yang mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kilang Bernas Sekinchan di sini. Dianggarkan kawasan Sungai Burong, Sekinchan dan Sabak Bernam mempunyai seramai 5,000 petani yang terjejas dengan penurunan harga Bernas itu. 

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.Sementara itu, Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, penurunan sebanyak RM130 bagi setiap tan metrik adalah sangat membebankan kerana menanam padi merupakan perniagaan utama bagi penduduk di Sekinchan sehingga ke Sabak Bernam.



“Penurunan RM130 itu kecil, tapi kalau 10 tan metrik? Mereka(petani) sudah hilang RM1,300, dan RM1,300 ini terlalu banyak yang boleh digunakan kepada petani.
“Bahkan RM1,300 ini melepasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 pada tahun lalu,” ujarnya.
Katanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil pendekatan segera bagi menyelesaikan masalah ini sebelum musim menuai berakhir.

Dalam pada itu, seorang lagi petani, Samudin Abdullah, 47, melahirkan perasaan kecewa kerana setelah mengeluarkan kos yang besar bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi, tetapi harga pula diturunkan.

“Beza petani di negeri-negeri lain, kami petani di Selangor memang banyak mengeluarkan belanja untuk pertanian. Contoh, kadar sewa yang tinggi, kadar racun yang mahal, jadi apabila harga padi menurun, jadi kami sangat merasa kerugian,” katanya.




Friday 31 May 2013

Sultan Selangor: Utama kehendak rakyat, jauhi gejala rasuah

KLANG - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutamakan kehendak rakyat, selain terus memacu negeri menjadi lebih maju.

Baginda ketika Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor menegaskan, sekarang merupakan masa untuk melaksanakan janji Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) seperti yang dinyatakan di dalam manifesto.

Barisan Exco baru teruskan kecemerlangan

Download Versi Penuh  Selagorkini Jun-1 : 
SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menampilkan empat muka baru dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam usahanya untuk meneruskan kecemerlangan yang dimulakan 
penggal lalu. 

Senarai Exco Selangor 2013


Thursday 23 May 2013

Penggal kedua: Fokus Pembangunan Desa

Download Versi Penuh  Selagorkini Mei-3 : 

PETALING JAYA - Memasuki penggal kedua sebagai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Langkah ini supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan

Wednesday 15 May 2013

Saf Pimpinan Exco Selangor Akan Di Umumkan Selepas Dapat Perkenan Sultan


Shah Alam, 14 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu pelantikan barisan ahli majlis kerajaan negeri (Exco), proses pemilihan telah pun bermula dan akan diumumkan setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan selepas Majlis Mengangkat Sumpah Menteri Besar, hari ini, sebagaimana di bawah.

Berikut adalah kenyataan penuh Khalid:

Alhamdulilah, saya bersyukur kepada Allah SWT akhirnya majlis angkat sumpah telah selamat disempurnakan.