Friday 31 May 2013

Barisan Exco baru teruskan kecemerlangan

Download Versi Penuh  Selagorkini Jun-1 : 
SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menampilkan empat muka baru dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam usahanya untuk meneruskan kecemerlangan yang dimulakan 
penggal lalu. 


Kesemua sepuluh ahli Exco itu menyempurnakan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di 
hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Majlis yang diadakan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, di sini turut dihadiri Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Selangor sekali mencipta seBarisan Exco baru teruskan kecemerlangan jarah apabila ia menjadi negeri 
pertama yang melantik wanita sebagai speaker dengan pelantikan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dalam jawatan tertinggi Dewan Negeri Selangor (DNS). 

Empat muka baru itu termasuk mantan Speaker penggal lalu dan Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim yang akan menjawat portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.Ganapathi Rao Veraman dilantik Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin. Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dilantik Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi. Manakala Adun Sabak, Sallehin Mukhyi akan memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.

Tokoh barisan lama yang dikekalkan adalah Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Ean Yong Hian Wah, Rodziah Ismail dan Elizabeth Wong.Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pula dilantik Timbalan Speaker. 

Dalam ucapannya, Abdul Khalid menjunjung kasih terhadap DYMM Sultan Selangor kerana perkenan melantik Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi penggal ini. “Patik hamba tua serta pacal-pacal sekalian akan berusaha bagi memastikan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus dipelihara dengan baik, adil dan saksama.
“Patik tekad berusaha gigih untuk mengekalkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama para pelabur dari dalam mahupun luar negara,” katanya.
Abdul Khalid turut mengulangi rancangannya untuk memberi lebih tumpuan terhadap pembangunan luar bandar di Selangor supaya rakyat di kawasan pedalaman dapat menikmati taraf hidup yang sama dengan 
mereka yang duduk di bandar. 
“Tiada gunanya jika negeri Selangor bergelar negeri maju, sedangkan sebilangan penduduk, 
terutama penduduk luar bandar masih tercicir dalam hal menikmati kemajuan di negeri ini,” kata Abdul Khalid. 

No comments:

Post a Comment