Thursday 23 May 2013

Penggal kedua: Fokus Pembangunan Desa

Download Versi Penuh  Selagorkini Mei-3 : 

PETALING JAYA - Memasuki penggal kedua sebagai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan di kawasan luar bandar seperti Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Langkah ini supaya rakyat di kawasan-kawasan pendalaman tersebut dapat merasa nikmat kekayaan
Selangor yang selama ini tertumpu di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Ampang. 

Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia. 
Ini merupakan cabaran lebih besar untuk saya. Satu adalah harapan rakyat akan lebih meningkat. Kita mesti melangkaui Penggal kedua: Fokus pembangunan desapenanda aras tahun 2008-2013. 
Berhubung perkara itu, saya merangkakan beberapa program yang akan kita bincangkan dahulu agar kita boleh lakukan bersama mereka, di samping program pembangunan usahawan,” katanya dalam satu tembual bersama Selangorkini di kediamannya di Bukit Damansara, di sini baru-baru ini. 
Abdul Khalid mengangkat sumpah untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu setelah Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

PR Selangor memenangi lebih dua pertiga kerusi apabila gagasan itu memperoleh 44 daripada 56 kerusi Dewan Negeri Selangor (DNS).Dasar pembangunan desa dimulakan pada penggal lalu oleh pentadbiran PR Selangor yang mana objektifnya adalah supaya rakyat luar bandar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan perumahan yang setaraf dengan masyarakat bandar. 

Antara inisiatif yang dimulakan untuk memenuhi objektif tersebut adalah pembinaan Projek Rumah Mampu Milik di Sabak Bernam dan lebih banyak pusat komersial di Kuala Selangor. Dalam hal sama, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan melipatgandakan pemberian pemilikan tanah dan kediaman kepada mereka yang berhak.

Walaupun Kerajaan Negeri berjaya mengeluarkan lebih 10,000 geran tanah kepada rakyat Selangor, Abdul Khalid berkata, masih banyak lagi permohonan hak milik yang tidak diselesaikan. 

Menurutnya kehadiran ‘ejen tanah’ adalah antara masalah yang merumitkan proses pemberian pemilikan tanah. 
Pada zaman Umno-BN, lama mengamalkan konsep ‘orang tengah’, sebagai contoh nak dapatkan tanah, kena cari orang pandai membodek. 
Jika kita cuba mengurangkan situasi ini dan isu seperti kronisma dan rasuah dapat disekat. Kita mahu mereka berurusan terus kepada pemilik tanpa lagi bergantung kepada orang tengah mahupun ejen,” kata Abdul Khalid, yang juga Adun Pelabuhan Klang. 

No comments:

Post a Comment